Rabu, 29 Disember 2010

Aktiviti Hargai Alam Sekitar

















               Pada 22 Disember 2010 yang lepas Perpustakaan Desa Serting Tengah telah mengadakan aktiviti "EXPLORE RACE IT" yang melibatkan penduduk Rumah Rakyat Serting Tengah.Peserta dibahagi kepada lima kumpulan dan dalam kumpulan itu terdapat lapan peserta melibatkan dua dewasa,lima belia dan seorang kanak-kanak.
(Sinar Harian Khamis 23 Disember 2010)

Khamis, 23 Disember 2010

Karnival Digital Jempol 1Malaysia





           14hb Disember 2010 yang lalu bertempat di Kompleks Belia & Sukan Bandar Baru Serting telah diadakan Karnival Jempol 1 Malaysia.Majlis Pelancaran Digital Jempol 1 Malaysia telah dirasmikan oleh Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim iaitu Menteri Penerangan,Komunikasi & Kebudayaan Malaysia.Turut serta dalam program ICT ini adalah SKMM,TM,Perpustakaan Negara Malaysia,Arkib Negara Malaysia serta beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan.Karnival ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Jumaat, 10 Disember 2010

Pertandigan Explore Race IT

 






 Pada hari Khamis yang lepas Perpustakaan Jalur Lebar telah menganjurkan program Explore Race IT yang di sertai oleh belia Lui Selatan 1 & 2.Program ini diadakan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli pasukan.Aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersihkan kubur,membersihkan masjid,bermain kereta kontrol,membaca buku jawi dan tulis semula dalam tulisan rumi dan lain-lain lagi.Ucapan terima kasih kepada En Mohd Ariffin B. Ayub kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu Noridayu,Norsham,Azrul,Nurizzatie,Aslina dan Siti Anisah dan kakitangan Perpustakaan Lui Selatan kerana anda sentiasa membantu.Ucapan ribuan terima kasih kepada juri-juri undangan.

Khamis, 25 November 2010

Perpustakaan Jalur Lebar







    Laman Web Komuniti Perpustakaan Awam Felda Lui SelatanCawangan Jempol, Negeri Sembilan adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini diharap Komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi ICT. Projek Perpustakaan Jalur Lebar ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia